Seorang ibu muda berusia 20 tahun nyata terkejut selepas melahirkan seorang anak perempuan berwajah tua.
Keadaan yang amat jarang belaku itu disebut sebagai sindrom Hutchinson-Gilford.
Ia merupakan kelainan genetik progresif yang jarang berlaku yang menyebabkan proses penuaan kanak-kanak berlaku dengan cepat, bermula dua tahun pertama kehidupan merema.
Ibu muda itu melahirkan bayi berkenaan di kediamannya dekat pekat Libode, Cape di Afrika Selatan.
Kebiasaannya, individu yang dilahirkan dengan progeria mengalami komplikasi kardiovaskular yang teruk pada pertengahan usia remaja hingga awal 20-an. Gejala dan penemuan tambahan juga mungkin berkaitan dengan keadaan tertentu, termasuk suara bernada tinggi, tiada payudara atau puting.
Sehingga kini, punca penuaan yang dikaitkan dengan sindrom itu masih belum diketahui.
Menurut Progeria Research Foundation International Progeria Registry, setakat 2020 terdapat 131 kanak-kanak dan orang dewasa seluruh dunia menghidap sindrom Hutchinson-Gilford.
Sumber: Mirror UK