Kerja sekolah adalah satu tugasan yang diberikan guru kepada para pelajarnya, bertujuan untuk membuatkan pelajar lebih faham apa yang diajar disekolah.
.
Ia menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah dalam tempoh ditetapkan ketika berada di rumah.
Gara-gara enggan menyiapkan kerja sekolah yang diberi serta dimarahi ibunya, seorang pelajar berusia 10 tahun sanggup melarikan diri dari rumah dan menuju ke sebuah balai polis bagi merayu untuk diletakkan di rumah anak yatim.
Kejadian berlaku di Chongqing, China selepas rakaman CCTV menunjukkan budak itu berlari menuju ke sebuah balai polis di daerah Yubei.
Budak berusia 10 tahun itu meminta pegawai polis bertugas untuk menghantarnya ke mana-mana rumah anak yatim, gara-gara dimarahi ibunya sendiri kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Pihak polis kemudian cuba menghubungi ibu kanak-kanak berkenaan untuk mengesahkan kejadian. Ibu budak lelaki itu nyata terkejut dengan tindakan anaknya yang sanggup ke balai polis selepas dimarahi beliau.
“Ibu saya marah saya setiap hari kerana tidak buat kerja sekolah dan tinggalkan rumah.
“Dia membebel kepada saya setiap hari. Saya rela untuk duduk di rumah anak yatim,” kata budak lelaki itu.
Selepas menenangkannya, pihak polis kemudian menghubungi bapanya bagi mengambil dia kembali ke rumah. Meskipun pada mulanya dia seperti berat untuk balik ke rumah sendiri, pihak polis berjaya memujuk beliau untuk membuat keputusan yang tepat, berbanding tinggal di rumah anak yatim.
Rakaman CCTV dan kisah budak lelaki 10 tahun ini menjadi bualan hangat di media sosial China. Rata-rata warganet terkejut dengan tindakan berani kanak-kanak itu, dan ramai juga memuji tindakan polis yang tenang mengawal emosi kanak-kanak tersebut.
Sumber: Oddity Central