Setiap kali mendapat kad laporan peperiksaan atau report card, pasti ramai ibu dan bapa mengharapkan anak mereka mendapat nombor yang terbaik dalam kelas.
Namun seorang ibu ini telah menunjukkan reaksi sebaliknya apabila beliau dilihat positif dan turut bergembira apabila anaknya mendapat nombor 27 dalam kelas menerusi kad laporan peperiksaan yang diperoleh.
Menerusi video tular di media sosial Indonesia, wanita itu pada awalnya disambut anak lelaki itu ketika pulang bekerja, sebelum meminta kad laporan peperiksaannya.
Budak lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia mendapat tempat ke-27 dalam kelas sambil menunjukkan kad laporan yang diserahkan guru.
Tidak melenting atau marah, wanita itu kelihatan berbangga dengan anaknya yang mendapat tempat ke-27 dengan kebanyakkan gred subjek B dan C. Dia kemudian terus memeluk dan mencium anaknya.
Malah, wanita itu turut memberikan hadiah kepada anaknya berupa pelbagai makanan ringan.
Warganet rata-rata memuji tindakan ibu itu yang dilihat menghargai anaknya, tanpa membanding-bandingkan dengan sesiapa.
Sumber: Tiktok