‘Hujan’ Bangkai Burung Di Mexico Buat Warganet Tertanya-Tanya

Ekoran daripada satu insiden yang menunjukkan berpuluh-puluh ekor burung mati berguguran ke tanah di Chihuahia, Mexico, pengguna media sosial kini tertanya-tanya apakah sebab ia berlaku.

‘hujan’ bangkai burung di mexico buat warganet tertanya-tanya

Menurut laporan, terdapat berpuluh-puluh ekor burung mati di kaki jalan di bandar itu dan fotonya telah tular di media sosial.

 

Pengerusi Kesatuan Konservatif Amerika Syarikat, Matt Schlapp dalam satu kenyataan menyindir insiden itu sambil berkata, “Harap ini bukan permulaan kepada selesema burung.”

 

Spesis burung hitam dengan kepala kuning itu bermigrasi dari utara Kanada untuk menghabiskan musim sejuk di Mexico. Namun, punca kematian kawanan burung itu masih belum dapat dijelaskan.

‘hujan’ bangkai burung di mexico buat warganet tertanya-tanya

Kejadian burung jatuh di jalan itu disaksikan penduduk di bandar Chuauhtemoc dan ia dilaporkan laman berita berbahasa Sepanyol, El Heraldo de Chihuahua.

 

Meskipun kematian burung-burung ini dianggap misteri, ada yang berandaian bahawa burung-burung mati itu mungkin terkesan akibat pencemaran tinggi yang melanda wilayah berkenaan sejak kebelakangan ini.

 

Sumber: [1]