Hotel Ini Pelawa Penginap Fikir Krisis Dunia & Tawar Pengalaman Tanpa Tidur

Kebiasaannya kita akan menyewa hotel untuk berehat. Tetapi lain pula hotel yang dicetuskan pasangan adik beradik kembar asal Switzerland ini yang mana hotel yang didirikan mereka adalah bertujuan untuk tidak membenarkan para penginap tidur dengan lena!

hotel ini pelawa penginap fikir krisis dunia & tawar pengalaman tanpa dunia

Hotel bernama Null Stern Hotel (bermaksud hotel sifar bintang) yang dibuka oleh Frank dan Patrik Riklin itu terletak di desa Saillon, Valais di selatan negara Switzerland.

Menurut Reuters, ‘bilik’ penginapan hotel tersebut sebenarnya hanyalah sebuah katil berkembar yang diletakkan di atas sebuah platform yang diapit dua meja sisi dan lampu tidur.

Bilik itu juga tidak mempunyai sebarang dinding, siling, apatah lagi pintu yang memberi privasi dan perlindungan!

Menurut adik-beradik Riklin, ‘bahaya’ itulah peluang sebenar untuk penginap merenung tentang ancaman yang sedang dihadapi umat manusia.

 Lebih ‘luar biasa’, penginapan itu ditempatkan di pinggir jalan, bersebelahan stesen petrol di desa tersebut.

Dakwa adik-beradik pengasas itu, konsep sebegitu membolehkan tetamu mereka memikirkan masalah yang terjadi di seluruh dunia, seterusnya memberi inspirasi tentang tindakan yang perlu dilakukan.

Jelas Frank, tidur bukan matlamat utama dalam pengalaman tersebut, sebaliknya ia suatu pernyataan atau kaedah untuk mencermin diri mengenai desakan perubahan segera dalam masyarakat.

Tambahnya, jika penduduk dunia masih meneruskan cara kehidupan seperti sekarang, pada masa akan datang, memang tidak akan wujud tempat yang selesa untuk tidur.

Penginapan di hotel itu didatangkan bersama perkhidmatan butler yang menawarkan penyediaan minuman dan sarapan,

Tempahan hotel itu telah dibuka sejak 1 Julai hingga 18 September bagi pengalaman tanpa tidur pada harga RM1,500.


Sumber: [1]