Selepas hampir 30 tahun beroperasi, sebuah hospital terkemuka di Jepun baru menyedari bahawa selama ini mereka menggunakan air tandas sebagai sumber minuman kepada kakitangan dan pesakit.
Ia berikut sistem paip yang disambungkan secara salah secara tidak sengaja sejak dari tahun 1993 lagi.
Difahamkan, sumber air perigi tersebut tidak sesuai diminum dan ia digunakan bagi tujuan pengepaman tandas.
Kesilapan dalam sambungan itu hanya disedari bulan lalu selepas 120 paip air ditemukan bersambung dengan tandas. Itupun selepas pengurusan hospital memulakan projek pembinaan loji rawatan air yang baru.
Selama ini, kakitangan dan pesakit hospital berkenaan sudah menggunakan air itu untuk minum, mencuci tangan dan berkumur-kumur tanpa mengetahui sumbernya. Pihak hospital juga sudah memohon maaf secara terbuka disebabkan insiden ini.
“Sebagai hospital gabungan universiti yang menyediakan khidmat perubatan lanjutan, pihak kami telah menyebabkan kekhuatiran. Kami amat kesal akan kesilapan ini,” ucap naib presiden Universiti Osaka, Kazuhiko Nakatani pada sidang media.
Sumber: [1]