Hidupan Tanpa Mata, Telinga & Mulut Berjaya Dirakam Di Dasar Laut

Lautan adalah habitat kepada pelbagai jenis hidupan. Disebabkan cahaya matahari hanya menerangi lapisan atas, sebahagian besar lautan wujud dalam kegelapan kekal.

 

Setiap zon kedalaman dan suhu berlainan menyediakan habitat untuk sesuatu spesies unik yang mungkin kita sendiri tidak pernah pun melihatnya sebelum ini.

 

Misalnya, seorang penyelam dari Heidelberg, Jerman telah berjaya merakamkan satu spesis hidupan bawah laut yang tidak mempunyai mata, telinga mahupun mulut.

hidupan tanpa mata, telinga & mulut berjaya dirakam di dasar laut

Hidupan itu berjaya ditemui di satu kawasan dekat Mesir dan mengejutkan ramai pihak.

hidupan tanpa mata, telinga & mulut berjaya dirakam di dasar laut

“Bentuknya unik seakan paip panjang berbentuk segi empat dengan satu hujung. Ia sangat pelik dan bergerak dengan arahnya tersendiri dan tiada siapa tahu apakah hidupan itu.

“Ada yang berkata ia adalah sejenis cacing, tumbuhan laut ataupun obor-obor,” kata Lukas Ostertag, individu yang berjaya merakamkan hidupan tersebut.

 

Foto tersebut yang telah dikongsikan secara atas talian mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang kagum dan tertanya-tanya hidupan apakah yang dirakamkan itu. Malah, ramai juga yang mengagak masih terdapat banyak lagi spesis hidupan aneh yang hidup dibawah laut dan masih belum diterokai manusia.

 

 

Sumber: [1]