Harga Selipar Dipakai Steve Jobs Ini Boleh Beli Rumah Banglo

Jika anda melihat kepada foto selipar ini, berapa agaknya harga yang anda terbayang dalam fikiran?

harga selipar dipakai steve jobs ini boleh beli rumah banglo

Tahukah anda, harga selipar ini mempunyai nilai lelongan mencecah hampir satu juta ringgit?

 

Selipar ini dilelong pada harga tersebut kerana ia pernah dipakai oleh Steve Jobs pada awal penubuhan Apple dan telah dilelong pada harga $218,750 atau bersamaan kira-kira RM 992,271.87.

harga selipar dipakai steve jobs ini boleh beli rumah banglo

Selipar berjenama Birkenstock Arizonas ini dikatakan sering dipakai Steve sewaktu awal penubuhan Apple pada 1970an, telah menjadi sebahagian daripada sejarah mereka.

 

Harga itu sekaligus menjadikan ia sebagai sandal paling mahal pernah dilelong oleh syarikat lelongan, Julien Auction.

 

Sumber: NPR