Harga Potret Marilyn Monroe Dijangka Cecah RM844,400,000.00 !

Siapa sangka sekeping potret Marilyn Monroe ini mampu mencecah harga hingga ratusan juta ringgit?

harga potret marilyn monroe dijangka cecah rm844,400,000.00 !

Potret karya Andy Warhol itu bakal menjadi karya seni abad ke-20 paling mahal pernah dilelong, menerusi lelongan yang dibuat firma Christie’s.

.

Potret berjudul Shot Sage Blue Marilyn dengan cetakan skrin sutera itu digambarkan sebagai salah satu imej paling jarang dan luar biasa yang pernah wujud. Menurut seorang pegawai firma lelongan itu, karya seni tersebut dijanga mencecah harga jualan lebih AS$200 juta (RM844.4 juta).

harga potret marilyn monroe dijangka cecah rm844,400,000.00 !

“Satu contoh karya seni abad ke-20 yang tiada tandingan oleh artis seni Amerika Syarikat (Warhol). Potret itu akan menjadi lelongan utama dalam jualan Marquee Week of sales pada Mei ini,’’ kata pengerusi Christie’s Americas, Marc Porter.

.

Menurutnya lagi, karya itu ditawarkan untuk dijual oleh Yayasan Thomas dan Doris Ammann Zurich. Semua hasil lelongan akan disumbangkan kepada badan amal berkenaan.

.

“Jualan lukisan tunggal Warhol ini bakal menjadi lelongan filantropi paling mahal selepas koleksi Peggy dan David Rockfeller dijual empat tahun lalu,” kata Porter.

.

Sumber: [1]