Penyelidik Dakwa Hantu Dah Makin Tidak Ada Lagi Masa Kini

Seorang pakar dalam aktiviti paranormal mendakwa Britain kini sudah kehabisan hantu kerana banyak roh telah berhijrah ke alam lain.

penyelidik dakwa hantu dah makin tidak ada lagi masa kini

Memetik laproran akhbar Daily Star UK, penyelidik paranormal, Dr Paul Lee berkata, hantu-hantu di Britain kini berada dalam kemerosotan kerana banyak hantu tidak lagi aktif atau telah berpindah ke tempat dan alam lain.

penyelidik dakwa hantu dah makin tidak ada lagi masa kini

Ujarnya, sejak Januari 2020 lagi beliau telah menghubungi beberapa lokasi yang dikatakan berhantu seperti Istana Conisbrough di South Yorkshire, Hotel Ettington Park di Stratford, namun pemilik atau kakitangan yang berada dilokasi itu memaklumkan tidak mengalami apa-apa peristiwa mistik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

 

“Nampaknya, kebanyakan hantu yang dahulunya terkenal, sama ada sudah tidak aktif atau telah pudar atau berpindah. Satu lagi kemungkinan adalah roh yang sudah tua telah berpindah ke ‘alam sana’ dan tidak lagi mampu wujud di alam manusia,” jelasnya.

 

Beliau yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang fizik nuklear juga berpendapat bahawa mungkin hantu-hantu itu boleh dicas semula dan akan muncul pada bila-bila masa.

 

Sumber: [1]