Seorang majikan di Wuhan, China telah menarik perhatian ramai gara-gara menetapkan arahan meminta pekerjanya menghantar tangkap layar graf penggunaan bateri telefon bimbit sebelum dibenarkan pulang dari tempat kerja.
Arahan itu dibuat susulan prestasi pekerjanya yang merosok sejak beberapa bulan lalu kerana ada antara mereka yang menghabiskan masa dengan melayari media sosial pada telefon pintar berbanding menyiapkan kerja masing-masing.
.
Perkara itu dikongsikan salah seorang pekerja syarika itu menerusi platform Weibo sambil berkata arahan itu jelas mencabuli hak privasi mereka.
.
Rata-rata netizen yang menonton video itu menasihatkan pekerja terbabit untuk menukar pekerjaan baharu.
.
Video yang tular itu juga dikatakan telah sampai ke pengetahuan majikan lalu beliau mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.
.
Katanya, tindakan meminta tangkap layar penggunaan bateri itu bukan melanggar hak privasi sebaliknya hanya mahu memastikan pekerja benar-benar fokus semasa waktu kerja dan tidak menghabiskan masa bermain telefon pintar atau melayari Internet hingga menjejaskan prestasi kerja masing-masing.
.
Sumber: [1]