Penghantar Barang Terkejut Alamat Penerima Di Tanah Kubur

Seorang penghantar barang meluahkan rasa terkejut apabila sebuah bungkusan yang dihantarnya mempunyai alamat sebuah kubur.

penghantar barang terkejut alamat penerima di tanah kubur

Kejadian itu dirakam dan dimuatnaik ke akaun Instagram @dagelan, menyebabkan penghantar barangan itu sukar mencari pemilik sebenar barang tersebut.

 

Dalam video itu, penghantar barangan itu menunjukkan bungkusan yang perlu dihantar namun keliru mencari alamat penerima kerana ia menunjukkan kawasan tanah perkuburan.

 

‘’Alamat kubur, kubur Gelam Jaya belakang MI Nurul Falah. Ini, saya di tanah perkuburan.

‘’Yang pesan bungkusan ini  mana?’’ jeritnya.

 

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan Pasar Kemis, Tangeran, Banten dekat Indonesia.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dagelan (@dagelan)

 

Video berkenaan mendapat perhatian ramai warganet yang seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Malah, ada yang mendakwa ada pihak yang sengaja meletakkan alamat itu bagi tujuan prank. Sehingga kini tidak dapat dipastikan pemilik bungkusan itu dan status barangan yang ditempah.

 

Sumber: [1]