Pernahkah anda berasa seperti ada orang lain yang tinggal bersama anda ketika anda sedang keseorangan di rumah?
Jika YA, bukan anda sahaja yang merasainya kerana menurut seorang penyiasat fenomena paranormal hampir semua rumah di dunia ini turut didiami oleh hantu yang berada di sini tanpa disedari oleh manusia.
Rob Pyke yang juga pengasas pertubuhan Veritas Paranormal berkata hantu sebenarnya berada amat hampir dengan manusia dan ramai orang tinggal bersama entiti itu sepanjang kehidupan mereka.
“Sebanyak 90 peratus atau lebih ramai daripada kita mempunyai hantu yang tinggal di dalam rumah bersama-sama.
“Sama ada ia hanya merenung ke arah anda atau mahu menjelmakan diri, terpulang kepadanya,” kata Pyke.
Menurut beliau lagi, di rumah lamanya terdapat hantu yang bernama Arthur tinggal bersamanya selama ini.
“Hantu bernama Arthur yang merupakan seorang pelombong ketika hidupnya tinggal di rumah lama kami.
“Kami sering terbau seperti asap tembakau dihembus dan apabila bau-bauan itu muncul, kami tahu ia berada di situ.
“Kami tinggal bersama di dalam rumah itu. Ia mungkin masih berada di situ,” kata Pyke.
Kebiasaannya, hantu tidak akan menakut-nakutkan orang dan menghormati tetamu rumah. Ujar Pyke lagi, mereka akan meneruskan kehidupan mereka dan tidak akan muncul secara tiba-tiba.
Sumber: Kosmo!