[Video] Halau Berpuluh Ekor Tikus Dalam Rumah Guna Cara ‘Semulajadi’ Ini

Tikus merupakan keluarga rodensia dan mamalia terbesar dengan lebih 700 spesies yang ditemui semula jadi di seluruh Eurasia, Afrika dan Australia. Ia terdapat dimerata dunia dan senang membiak dengan banyak pada satu-satu masa.

[video] halau berpuluh ekor tikus dalam rumah guna cara ‘semulajadi’ ini

Haiwan ini juga sering tinggal dalam rumah dan menjadi penyebab kepada beberapa kerosakan hingga memaksa pemilik rumah menggunakan pelbagai cara bagi menghalaunya. Namun kaedah biasa dengan menggunakan bahan kimia mungkin membahayakan dan agak mahal.

[video] halau berpuluh ekor tikus dalam rumah guna cara ‘semulajadi’ ini

Satu video yang tular di laman Facebook baru-baru ini menunjukkan kaedah luarbiasa bagi menghalau kehadiran tikus dalam rumah, iaitu dengan menggunakan cara semulajadi.

[video] halau berpuluh ekor tikus dalam rumah guna cara ‘semulajadi’ ini

[video] halau berpuluh ekor tikus dalam rumah guna cara ‘semulajadi’ ini

Seekor ular peliharaan telah dimasukkan kedalam lubang yang dihuni oleh puluhan ekor tikus bertujuan menakut-nakutkan mereka.

[video] halau berpuluh ekor tikus dalam rumah guna cara ‘semulajadi’ ini

Dapat dilihat, selepas sahaja ular tersebut masuk kedalam lubang terbabit, beberapa ekor tikus daripada bersaiz kecil hinggalah kepada yang paling besar telah keluar dan dikumpulkan dalam dua buah bekas.

[video] halau berpuluh ekor tikus dalam rumah guna cara ‘semulajadi’ ini

Selang seketika, ular berkenaan juga keluar daripada lubang yang sama menandakan ia sudah siapkan kerjanya.

Video yang dikatakan daripada seorang pengawal haiwan perosak dari Sepanyol itu telah mencuri perhatian ramai yang seakan tidak percaya teknik semulajadi itu berkesan dalam menghalau kehadiran tikus dalam rumah.

 

Ada sesiapa berminat nak cuba?

 

Sumber: Facebook Ozzy Man Reviews