China Guna Angsa Kawal Sempadan Negara Dari Pendatang Asing

Sempadan sesebuah negara biasanya akan dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti polis dan tentera, antaranya bagi mengelakkan kemasukan pendatang tanpa izin.

 

Jika peralatan canggih atau khidmat anjing peronda digunakan kebanyakkan negara bagi mengawal sempadan, berbeza pula dengan kawalan sempadan di China-Vietnam ini yang kini menggunakan khidmat angsa.

china guna angsa kawal sempadan negara dari pendatang asing

Sebagai salah satu strategi bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19, angsa digunakan sebagai penjaga sempadan di Longzhou, China yang mempunyai sempadan dengan negara Vietnam.

 

Mempunyai jarak sejauh 184 kilometer di darat dan 22 kilometer atas air, angsa dilihat calon yang sangat sesuai bagi mengawal sempadan negara. Tambah pula, angsa mempunyai kepekaan yang lebih tinggi berbanding anjing.

 

Telah digunakan sejak September tahun lalu, pasukan angsa dikerahkan bagi mengawal sempadan dan memastikan tiada kemasukan pendatang tanpa izin merentasi negara.

china guna angsa kawal sempadan negara dari pendatang asing

Menurut laporan tempatan, sebanyak dua ekor angsa, seekor anjing dan dua pengawal sempadan ditempatkan disatu stesen berkenaan bagi tujuan mengawal.

china guna angsa kawal sempadan negara dari pendatang asing

“Angsa sangat sensitif kepada bunyi.

“Mereka akan membuat bising kita ada gangguan, dan akan lebih bising jika terlihat orang asing,” kata salah seorang pengawal sempadan di stesen itu.

 

Sumber: [1]