Gigi Tumbuh Dalam Rongga Hidung Ganggu Lelaki Ini Bernafas

Seorang lelaki mengalami masalah pernafasan gara-gara gigi yang didapati tumbuh dalam rongga hidungnya yang menghalang pengaliran oksigen.

gigi tumbuh dalam rongga hidung ganggu lelaki ini bernafas

Kes yang amat jarang berlaku itu terjadi dan dilaporkan menerusi jurnal yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine, pada Khamis.

 

Lelaki itu dilaporkan datang ke klinik telinga, hidung dan tekak (ENT) di Hospital Mount Sinai dekat New York, sebelum memberitahu dia menghadapi kesukaran untuk bernafas melalui lubang hidung kanannya. Masalah itu juga dihadapinya sejak beberapa tahun yang lalu.

 

Doktor pakar berusia 38 tahun di Amerika Syarikat (AS) melakukan pemeriksaan fizikal dan mendapati terdapat gangguan dalam septumnya, iaitu rawan yang memisahkan dua lubang hidung.

gigi tumbuh dalam rongga hidung ganggu lelaki ini bernafas

Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat lubang sepanjang 2 sentimeter pada bahagian belakang septum.

 

Doktor yang menjalankan pemeriksaan seterusnya mengesan jisim putih yang keras pada lubang hidung sebelah kanan, dan disahkan batang gigi ektopik terbalik.

 

Kes yang jarang berlaku ini mendapat perhatian ramai dan akhirnya berjaya diselesaikan dengan melakukan pembedahan kecil.

 

Sumber: [1]