Gerhana Bulan Paling Lama Abad Ini Dijangka Berlaku 19 Nov

Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memaklumkan satu kejadian gerhana bulan separa akan berlaku pada 19 November ini.

gerhana bulan paling lama abad ini dijangka berlaku 19 nov

Apa yang menariknya adalah gerhana bulan itu adalah gerhana bulan paling lama dalam abad ini dan akan berlaku selama tiga jam dan 28 minit.

 

Kebiasaannya, gerhana akan berlangsung kurang dari dua jam, maka kejadian gerhana yang akan berlaku 19 November ini adalah disifatkan gerhana bulan paling lama yang pernah terjadi.

gerhana bulan paling lama abad ini dijangka berlaku 19 nov

Paling lama pun sebelum ini gerhana bulan penuh pernah berlaku selama satu jam 42 minit dan 57 saat pada tahun 2018.

 

Gerhana bulan kali ini juga akan menjadi separa blood moon, iaitu dengan warna merah kemerahan yang dapat dilihat pada permukaan bulan. Ia juga disebut sebagai frost moon atau beaver moon.

 

Pada 19 November ini juga dianggarkan hampir 97 peratus bulan akan terlindung dari Bumi.

gerhana bulan paling lama abad ini dijangka berlaku 19 nov

Dalam pada lain, antara 2001 hingga 2100, sebanyak 288 fenomena gerhana bulan dijangka berlaku.

 

Sumber: [1]