Gadis Indonesia Ini Dituduh Halusinasi Selepas Dakwa Jumpa BTS

Penulis popular Indonesia, Wirda Mansur dituduh berhalusinasi selepas mendakwa dirinya pernah bertemu dengan BTS.

gadis indonesia ini dituduh halusinasi selepas dakwa jumpa bts

Ia berikutan, Wirda yang juga anak kepada pendakwah terkenal negara itu, Ustaz Yusuf Mansur, dikatakan tidak kenal dengan kumpulan asal Korea Selatan itu.

Perkara itu bermula dari sebuah video yang tersebar di media sosial, yang mana salah satu akaun gosip menunjukkan video Wirda berbincang dengan kawan-kawannya.

Dalam video tersebut, Wirda mengaku dia pernah berjumpa dengan BTS. namun sayangnya, dia tidak mengenali ahli kumpulan tersebut.

“Saya pernah jumpa dengan mereka. Cuma pada masa itu, saya tidak tahu BTS itu siapa,” kata Wirda dalam video itu.

Memetik detikHOT, Wirda tidak menjelaskan bila dan di mana dia bertemu dengan BTS. Sebaliknya, dia hanya merasa bingung kerana dirinya yang tidak kenal dengan ahli BTS malah mendapat kesempatan untuk berjumpa mereka.

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai wargamaya sehingga ada antara mereka yang mengesyaki gadis berusia 21 itu hanya bercakap kosong.

Bagaimanapun, Wirda kemudian menerangkan mengenai pertemuannya dengan kumpulan fenomena dunia itu. Dia mengaku ternampak kumpulan terbabit secara tidak sengaja.

“Ya, saya juga baru tahu daripada kawan-kawan bahawa itu BTS. Bagaimanapun itulah ceritanya, saya juga bertemu di Lapangan Terbang Incheon pada April 2017, bukan di kedai,” katanya.

Tambah dia lagi, dia masih belum meminati muzik K-Pop pada ketika itu. Jadi wajar baginya untuk tidak mengenali kumpulan tersebut secara peribadi.

“Pada masa itu, saya tidak mempunyai jiwa K-Popper. Jadi saya tidak tahu siapa itu. Lagipun, adakah semua orang perlu tahu apa yang kalian tahu? Bukan semua kan,” jelasnya.

“Selepas saya mendapat tahu, serta-merta saya cari lagunya dan malah sepulangnya dari Korea, saya membuat ‘giveaway’ oleh-oleh untuk para pengikut pada ketika itu. Ada yang dapat tumbler BTS juga,” tambahnya.

Wirda turut memberikan bukti berupa foto dirinya di Korea Selatan pada 2017. Namun, ia tetap tidak meyakinkan wargamaya kerana dia hanya menunjukkan fotonya di hadapan patung BTS.


Sumber: [1]