Gadis Sering Diejek Sebab Ada 24 Jari Kaki Dan Tangan

Seorang gadis dari Indonesia baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai pengikutnya di Tiktok kerana mempunyai jari yang lebih banyak berbanding orang lain.

gadis sering diejek sebab ada 24 jari kaki dan tangan
 
Vio, dilahirkan dengan 24 jari kaki dan tangan akibat sindrom polidaktili, namun tetap tampil yakin di media sosial meskipun pernah menjadi bahan ejekan ramai.
 
"Saya sering diejek kerana mempunyai bilangan jari lebih daripada orang lain.
"Bagaimanapun, ia bukan satu masalah kerana apa yang penting, saya tidak mengganggu mereka," katanya.

gadis sering diejek sebab ada 24 jari kaki dan tangan
 
Vio mengakui sukar untuk mencari kasut yang sesuai dengannya disebabkan keadaan fizikalnya itu. Disebabkan itu jugalah beliau tidak membeli kasut secara online kerana bimbang ia tidak muat dengan saiz kakinya.

"Kebiasaannya, saya akan pergi membeli kasut di kedai dan mencuba sendiri di situ.
"Bukan semua kasut sesuai kerana saya tidak boleh memakai yang tidak bertumit," katanya lagi.


 
Kisah Vio menjadi perhatian pengguna TikTok yang rata-ratanya memberi sokongan kepadanya, membuatkan beliau menjadi lebih yakin dengan diri sendiri.



Sumber: Tribun News