Gadis Review Beli Udara Atas Talian, Katanya Buat Diri Lebih Tenang [Video]

Seorang gadis di Indonesia telah mencuri perhatian ramai gara-gara membeli udara yang dijual secara atas talian.

gadis review beli udara atas talian, katanya buat diri lebih tenang [video]

Zueenaputry, 18, gadis dari Bogor, Jawa Barat, Indonesia itu dikatakan membeli bungkusan plastik berisi udara dari Bandung dan Jakarta secara atas talian dengan harga 12,000 rupiah (kira-kira RM3.50) setiap satu.

 

“Review udara Bandung dan Jakarta, bungkusan sudah sampai, mari kita buka.

“Harganya 12,000 rupiah (RM3.50) setiap satu. Selepas didarab dua, ia menjadi 24,000 rupiah (RM7). Caj penghantaran adalah 4,000 rupiah (RM1.20),” katanya dalam video tersebut.

 

Ujarnya, kedua-dua bungkusan udara yang dibeli itu adalah istimewa kerana ia boleh membantu dirinya menghilangkan tekanan.

 

Tanpa melengahkan masa, gadis cantik itu dilihat membuka bungkusan yang diterima dan menghirup udara di dalamnya.

gadis review beli udara atas talian, katanya buat diri lebih tenang [video]

gadis review beli udara atas talian, katanya buat diri lebih tenang [video]

“Terhidu sekali aroma debu. Kawan-kawan, saksikanlah saya semakin tenang selepas menghirup udara ini.

“Dengan hanya 12,000 rupiah, saya sudah boleh menghidu Jakarta tanpa perlu melancong.

“Kita cuba pula udara dari Bandung, wahh, terasa lebih segar sekali udaranya, berbeza sekali sensasinya,” kata beliau.

 

@zueenaaaaa #review #reviewtiktok #perbedaan #udarajakarta #udarabandung #barangrandom #fypシ #maapin ♬ Backsound Lucu - Faid rafanda

 

Sumber: Walipop