Saintis Jepun Berjaya Cipta Face Mask Bersinar Jika Ia Kesan COVID-19

Sekumpulan saintis dari Jepun kini berjaya mencipta pelitup muka yang akan bersinar jika ia mengesan kehadiran virus COVID-19.

saintis jepun berjaya cipta face mask bersinar jika ia kesan covid-19

Pelitup muka yang dibangunkan oleh penyelidik dari Universiti Wilayah Kyoto itu menggunakan sel burung unta, akan bersinar dalam gelap sekiranya ia mengesan virus terbabit.

 

Menurut ketua penyelidik, Yasuhiro Tsukamoto, sel burung unta digunakan bagi menghasilkan pelitup muka terbabit kerana burung itu mampu menghasilkan antibodi yang berbeza untuk meneutralkan bahan asing dalam badan. Antibodi itu kemudian diekstrak daripada telur yang didapati daripada burung unta yang telah disuntik dengan virus COVID-19 tetapi tidak aktif dan tidak memberi ancaman.

saintis jepun berjaya cipta face mask bersinar jika ia kesan covid-19

Kajian selama 10 hari dibuat keatas 32 pesakit COVID-19 mendapati pelitup muka yang dipakai bersinar di bawah sinaran ultraviolet (UV).

 

“Antibodi burung unta yang diletakkan pada penapis pelitup muka akan bertindak balas mengeluarkan kepada cahaya pendarfluor apabila mengesan koronavirus daripada batuk, bersin dan air.

“Kami juga berjaya mengesan virus itu apabila menggunakan lampu hitam ultraviolet LED dan lampu LED telefon pintar sebagai sumber cahaya. Ini menjadikannya mudah digunakan pada pelitup muka walaupun di rumah,’’ kata Tsukamoto.

 

Ciptaan ini mampu mengesan kehadiran virus ini dengan pantas dan langkah seterusnya dapat diambil dengan lebih mudah.

 

Sumber: [1]