Unik! Rumah RM1.88 Juta Ini Ada 4 Tandas Kongsi Satu Bilik

Sebuah rumah di Wisconsin, Amerika Syarikat yang bernilai RM1.88 juta ini mempunyai ciri unik yang mungkin tidak ada pada rumah lain, iaitu 4 tandas yang berkongsi satu ruangan bilik.

unik! rumah rm1.88 juta ini ada 4 tandas kongsi satu bilik

Empat tandas itu tidak pula dipisahkan dengan apa-apa penghadang, dan dibina dalam satu baris dengan jarak hanya beberapa inci antara satu sama lain.

 

Ia dibina sangat rapat sehingga empat orang ahli keluarga atau tetamu yang datang ke rumah berkenaan dapat menggunakannya secara ‘berjemaah’.

 

Selain tandas, sinki yang dibina bertentangan juga adalah sebaris dan bersebelahan antara satu sama lain, menggambarkan kebersihan adalah keutamaan dan bukannya privasi.

unik! rumah rm1.88 juta ini ada 4 tandas kongsi satu bilik

Ruangan unik itu dibina oleh keluarga Fowle sejak dari tahun 1851 lagi. Ia mempunyai lantai kayu keras, siling beralang, balkoni bertutup dan sebuah apartment pada belakangnya.

unik! rumah rm1.88 juta ini ada 4 tandas kongsi satu bilik

“Ketika dibina, rumah itu tidak mempunyai empat mangkuk tandas namun ditambah oleh Pasukan Pengakap Puteri lalu didermakan oleh pemiliknya sekitar tahun 1920 atau 1930,’’ jelas ejen hartanah, Jane Dichristopher dari agensi hartanah antarabangsa kepada stesen televisyen WTRF.

 

Sumber: [1]