Gelang Emas Sebesar Lengan, Dah Macam Sarung Tangan Thanos

Seorang wanita baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila mempamerkan set barang kemas yang mempunyai saiz sebesar lengan orang dewasa.

gelang emas sebesar lengan, dah macam sarung tangan thanos

Menerusi video yang tular, wanita itu mengenakan barang kemas berkenaan yang rupanya sama seakan-akan sarung tangan yang dipakai Thanos dalam filem Avengers: End Game.

.

“Ibu ini dilihat mahu pergi berperang kerana mahu menjadi Thanos,” tulis seorang pengguna.

gelang emas sebesar lengan, dah macam sarung tangan thanos

Emas yang dipakai wanita itu juga mempunyai saiz besar hingga ke bahagian siku, berbeza dengan barang kemas yang biasa kita lihat seperti gelang mahupun perhiasan lain.

.

Klip video tersebut dimuatnaik dalam akaun @tokozada5 sejak Khamis lalu dan menjadi perbualan ramai di media sosial.

Sumber: [1], [2]