Elvis Presley Bakal ‘Hidup Semula’, Buat Konsert Guna Teknik AI. Gempak!

Siapa sangka, seorang yang sudah tiada lagi di dunia ini boleh ‘dikembalikan’ dengan menggunakan teknologi terkini.

elvis presley bakal ‘hidup semula’, buat konsert guna teknik ai. gempak!

Terbaru, legenda yang terkenal dengan gelaran King of Rock and Roll, Elvis Presley, yang meninggal pada 1977, akan mengadakan konsert di Amerika Syarikat, tahun ini.

 

Menurut laporan, konsert yang dinamakan sebagai Elvis Evolution akan membawa peminatnya kembali ke era kegemilangan Elvis, selain menarik minat generasi baharu untuk mengenali siapa Elvis Presley.

elvis presley bakal ‘hidup semula’, buat konsert guna teknik ai. gempak!

“Ini akan menjadi sebuah keraian paling gemilang buat Elvis Presley; seorang lelaki, pemuzik dan pemilik legasi yang masih menjadi pujaan ramai.

“Konsert Elvis secara AI akan menjadi sebuah pengalaman yang luar biasa,” ujar Pengasas & Ketua Pegawai Layered Reality, Andrew McGuinness.

 

Ujarnya, konsert tersebut akan menggunakan AI sepenuhnya dengan dibantu teknik holografi, lalu menghasilkan imej tiga dimensi buatan.

elvis presley bakal ‘hidup semula’, buat konsert guna teknik ai. gempak!

Untuk info, Elvis merupakan artis muzik solo popular sepanjang zaman, dengan jualan terlaris lebih 500 juta album terjual.

 

Sumber: Astro AWANI