Jika Anda Ingin Ke Marikh, Ini Harga Tiket Sehala Menurut Elon Musk

Misi untuk membawa lebih ramai manusia ke angkasa lepas kini semakin menjadi realiti.

jika anda ingin ke marikh, ini harga tiket sehala menurut elon musk

Banyak syarikat aeroangkasa kini menawarkan tiket perjalanan bagi meneroka angkasa lepas kepada orang awam.

.

Baru-baru ini, pemilik syarikat Space X dan Tesla, Elon Musk mendedahkan harga tiket sehala ke planet Marikh yang akan bermula sekitar AS$100,000 (RM428,500) untuk setiap seorang.

jika anda ingin ke marikh, ini harga tiket sehala menurut elon musk

Menurut Musk, sebuah kawasan khas di Marikh perlu dibina untuk menempatkan manusia sepanjang berada di planet itu. Beliau juga perlu menerika hakikat bahawa tidak ramai sebenarnya yang mahu ke Planet Merah itu, apatah lagi untuk tinggal disana.

.

Musk bagaimanapun optimis untuk membina koloni manusia di Marikh menjelang 2050.

.

“Kami mahu menyediakan koloni penempatan ini untuk sesiapa sahaja yang ingin pergi ke Marikh.

“Namun perlu diingat, meskipun pengembara Marikh membayar harga tiket mahal untuk ke sana, mereka tidak boleh mengharapkan lokasi penempatan itu mewah kerana ia tidak akan dibina begitu,” tegas Musk.

.

Musk menambah sesiapa yang mahu ke Marikh perlu bersedia dengan kemungkinan bahawa berkemungkinan mereka tidak akan kembali ke Bumi.

.

“Bandar itu tidak akan menjadi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mahupun SpaceX tetapi akan menjadi hak milik penduduk Marikh,” ujar beliau.

.

Sumber: [1]