Durian Pertama ‘Made In China’ Dijual Pada Harga Cecah RM250,000 Sebiji [Video]

China kini secara rasmi telah menyertai saingan dalam pasaran raja buah-buahan, dengan meraikan kejayaan pertama penanaman durian pertamanya selepas empat tahun menjalankan kajian.

durian pertama ‘made in china’ dijual pada harga cecah rm250,000 sebiji [video]

Untuk menandakan acara yang bersejarah ini, sekumpulan pedagang dan petani menganjurkan lelongan istimewa untuk durian pertama China.

 

Sebuah video TikTok menunjukkan keghairahan pencinta durian di negara itu, dengan lelongan dibuat ke atas sebiji durian dengan berat 6.91 kilogram.

durian pertama ‘made in china’ dijual pada harga cecah rm250,000 sebiji [video]

Ia dilelong dengan harga permulaan 888 Yuan (kira-kira RM560). Lelongan ini dengan cepat melambung harga kepada 100,000 Yuan (kira-kira RM64,000) dan kemudiannya meroket kepada 300,000 Yuan (kira-kira RM191,000).

 

Penganjur-penganjur terpegun dengan kesanggupan orang awam membayar jumlah yang begitu tinggi bagi raja buah-buahan pertama China ini, dan mereka terkejut apabila tawaran terakhir mencapai 388,888 Yuan (kira-kira RM250,000) yang menakjubkan.

 

@louisong14 海南岛榴莲拍卖 #中国🇨🇳 #FYP #榴莲爱好者 #海南岛 榴莲拍卖会 #Durian #国产榴莲 ♬ original sound - Louis Ong

 

Proses lelongan ini menyaksikan sorakan dari penawar dan penonton lain ketika pembeli memperoleh durian ‘Made In China’ yang sangat diidamkan dengan harga sangat premium.

 

Sumber: Tiktok