Dua Remaja Dihukum Jadi Buruh Paksa Akibat Tonton K-Drama [Video]

Dua remaja lelaki di Korea Utara telah dihukum menjadi buruh paksa selama 12 tahun gara-gara menonton drama Korea atau lebih sinonim dengan panggilan K-drama.

 

Menerusi video yang jarang didedahkan kepada umum, klip rakaman tahun 2022 itu menunjukkan hukuman dilakukan keatas dua remaja berusia 16 tahun yang didapati bersalah atas kesalahan tersebut.

 

Hukuman dibuat dihadapan ratusan pelajar di sebuah stadium terbuka, dipercayai di Pyongyang, Korea Utara.

dua remaja dihukum jadi buruh paksa akibat tonton k-drama [video]

Rakaman itu tersebar meluas di negara terbabit untuk tujuan ideologi pendidikan dan memberi amaran kepada rakyat mereka.

 

"Budaya rejim boneka Amerika Syarikat (AS) telah merebak dalam kalangan remaja di Korea Utara.

"Kedua-dua remaja itu telah merosakkan masa depan mereka sendiri," demikian menurut narator yang merujuk Korea Selatan ketika mengulas mengenai klip tersebut.

Tindakan tegas itu diambil selepas Korea Utara mengharamkan sebarang bentuk hiburan berkaitan Korea Selatan, termasuk di kaca TV.

 

Pada 2020, Korea Utara pernah menetapkan undang-undang yang mengharamkan penyebaran atau menonton bahan hiburan Korea Selatan yang boleh membawa kepada hukuman mati.

 

Sumber: Sinar Harian