Dua Kucing Berpakat Kurung Pemiliknya Dalam Bilik Air

Terdapat pelbagai kerenah haiwan peliharaan kita di rumah. Ada yang comel dan ada kalanya memeningkan kepala.

 

Perkara sama terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Julie Balko apabila dia mendapati dirinya terkunci dalam bilik air rumahnya sendiri, berpunca daripada dua ekor kucing peliharaannya.

 

Ketika kejadian, Julie sedang menggunakan bilik air namun apabila hendak keluar, beliau dapati pintunya itu terkunci dan terhalang daripada luar.

dua kucing berpakat kurung pemiliknya dalam bilik air

Mujur ketika kejadian beliau membawa bersama telefon bimbitnya, lantas cuba mengambil gambar dari bawah pintu bilik air untuk melihat apa sebenarnya yang menghalang ia daripada dibuka dari dalam.

 

Rupanya terdapat laci meja terbuka dan menghalang pintu dari luar, dek angkara dua ekor kucingnya yang berada disitu.

 

“Seekor anjing tidak akan melakukan seperti ini,” seloroh Julie pada ciapan Twitternya itu.

dua kucing berpakat kurung pemiliknya dalam bilik air

Beliau cuba menolak laci itu dari dalam dengan menggunakan pelbagai objek, namun ternyata itu tidak semudah disangka.

dua kucing berpakat kurung pemiliknya dalam bilik air

Selepas hampir satu jam mencuba, Julie berjaya menolak laci yang menghalang pintu itu dari dibuka. Nyata cubaan kucingnya untuk ‘mengurung’ tuannya kali ini tidak berjaya.

dua kucing berpakat kurung pemiliknya dalam bilik air

dua kucing berpakat kurung pemiliknya dalam bilik air

Hantaran Julie ini mendapat perhatian ramai yang nyata terhibur dengan aksi bersahaja kucing-kucingnya itu.

 

Sumber: The Dodo