Lelaki Tersiksa Dua Jam Mentol Lampu Tersekat Dalam Mulutnya

Seorang lelaki menderita selepas gagal mengeluarkan sebiji mentol lampu daripada mulutnya.

lelaki tersiksa dua jam mentol lampu tersekat dalam mulutnya

Lelaki yang dikenali sebagai Chen dari Zheijiang, China, terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas gagal mengeluarkan lampu mentol jenis LED terbabit.

 

Mulanya, lelaki itu datang ke sebuah balai bomba dengan baju T menutup mulutnya untuk meminta pertolongan mengeluarkan mentol tersebut.

 

Bomba bagaimanapun risau akan risiko mentol terpecah dalam mulut, lalu membuat keputusan untuk menghantar mangsa ke hospital.

 

Sepasukan doktor kemudian berjaya mengeluarkan mentol itu dengan menggunakan peralatan khas bagi membuka rahang.

Selepas mentol itu berjaya dikeluarkan, Chen memberitahu bahawa mentol terbabit tersekat dalam mulutnya selama kira-kira dua jam.

 

Chen memberitahu dia bertindak memasukkan mentol dalam mulutnya selepas menyaksikan aksi tersebut menerusi video online.

 

Sumber: Kosmo!