Sementara saintis dan pengkaji di Eropah sedang sibuk mencari jalan bagi membawa hujan untuk mengatasi masalah kemarau, rupanya ada cara yang lebih cepat dan mudah.
.
Kejadian berlaku di Gorakhpur dekat India apabila penduduk setempat mengahwinkan dua ekor katak bagi tujuan membawa cuaca hujan dikawasan tersebut.
Dua ekor katak itu dikahwinkan pada Selasa, 19 Julai secara paksa rela dalam satu ritual unik menurut kepercayaan yang diamalkan penduduk disitu.
“Ia adalah kepercayaan yang telah teruji bahawa perkahwinan katak diadakan untuk membawa hujan.
“Kami telah mengalami musim kemarau yang panjang dan petani berdepan dengan masalah serta kesukaran,” kata seorang penganjur perkahwinan tersebut.
.
Majlis itu dihadiri ratusan individu yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri perkahwinan dua ekor katak yang amat jarang dilakukan.
.
Selepas selesai majlis perkahwinan itu, beberapa kawasan mula menerima hujan dengan suhu semasa mencecah 30 darjah Celsius.
.
Jabatan Meteorogi India berkata ketika ini hanya beberapa kawasan yang akan mengalami hujan lebat seperti kawasan-kawasan terpencil.
.
Sumber: [1]