Lain Dari Lain, Dua Ekor Anjing Dikahwinkan Dalam Satu Majlis Mewah Cecah RM60 Ribu

Sepasang anjing di Indonesia telah dikahwinkan dalam satu majlis perkahwinan mewah, mencecah 200 juta Rupiah (kira-kira RM 60,772.32)

lain dari lain, dua ekor anjing dikahwinkan dalam satu majlis mewah cecah rm60 ribu

Perkahwinan yang lain daripada lain itu turut dihadiri puluhan tetamu jemputan, beberapa ketua agama dan spesis anjing dan diadakan di Pantai Indah Kapuk, dekat utara Jakarta pada 14 Julai lalu.

 

@neverendingchillife aku mah apa atuh🥲🙏🏼 #nikahananjingdipik #anjingnikah #nikahananjingmewah #orangkayagabut #manusiapik #pikfact #fypシ゚viral ♬ Backsound Lucu - Faid rafanda

 

Anjing baka Alaskan Malamute itu dikenali dengan nama Jojo dan Luna, telah dikahwinkan oleh pemilik mereka iaitu Valentina Chandra dan Indira Ratnasari.

 

Majlis yang diadakan meriah melihatkan dua ekor anjing itu dipakaikan dengan kostum tradisional Jawa. Suasana perkahwinan pasangan anjing ini juga dilengkapi dengan elemen batik dan tradisional, mirip perkahwinan pasangan manusia.

lain dari lain, dua ekor anjing dikahwinkan dalam satu majlis mewah cecah rm60 ribu

Turut dihidangkan dalam majlis itu adalah Nasi Kuning, yang biasanya dijamu untuk majlis istimewa masyarakat setempat. Hidangan ini dipercayai boleh memberikan keberkatan harta yang banyak serta memberi kemakmuran dalam hidup.

lain dari lain, dua ekor anjing dikahwinkan dalam satu majlis mewah cecah rm60 ribu

Menurut pemilik Jojo dan Luna, pada mulanya mereka tidak merancang untuk melakukan majlis perkahwinan, sebaliknya hanya mahu mengadakan sambutan hari lahir untuk kedua ekor anjing kesayangan mereka itu.

 

 

Namun, majlis bertukar kepada upacara perkahwinan, selepas pasangan anjing tersebut telah selamat bertunang pada Mei lalu.

lain dari lain, dua ekor anjing dikahwinkan dalam satu majlis mewah cecah rm60 ribu

Sumber: Kompas