Dua Beradik Jadi Perhatian Gara-Gara Nama Unik Mereka

Nama merupakan panggilan yang unik bagi setiap individu. Ia dapat membezakan kita dengan orang lain di dunia ini.

 

Setiap nama pasti mempunyai maksud tersirat dan memainkan peranan penting sepanjang kehidupan seseorang.

 

Namun ada juga ibu dan bapa yang memberikan nama aneh dan unik kepada anak mereka, misalnya dua kanak-kanak perempuan dari Jawa Tengah, Indonesia ini.

 

Menurut laporan, dua beradik ini mempunyai nama unik iaitu “Lalu Dunia Pun Tesenyum”, 12 tahun, dan adiknya berusia enam tahun bernama “Dan Semuanya Menjadi Indah”.

dua beradik jadi perhatian gara-gara nama unik mereka

Bapa kepada dua kanak-kanak ini, Fajar Setiawan, 38, berkata dia sedar nama anaknya itu pasti menjadi topik perbualan masyarakat. Katanya, nama itu diinspirasikan daripada doanya untuk mereka.

 

“Saya memberi nama anak saya seperti itu kerana doa saya agar mereka mampu membahagiakan ibu bapa dan berjasa kepada negara,” kata Fajar.

 

Kata Fajar, kedua ibu bapa dan mertua pada awalnya tidak bersetuju dengan nama tersebut, sebaliknya menyarankan nama dalam Bahasa Arab yang mempunyai makna baik. Tetapi Fajar menjelaskan nama itu adalah unik dan mempunyai maksud baik.

 

“Saya memberi nama anak dalam Bahasa Indonesia dan yakin Allah juga Maha Mengetahui,” jelasnya.

 

Fajar berkata lagi, dia berharap kedua anaknya itu mampu membuatkan dunia tersenyum dan menjadikan semuanya indah.

 

Sumber: Tribunnews.com