Dibayar Lumayan, Hanya Perlu Uji Kesetiaan Teman Wanita Orang Lain

Seorang lelaki berusia 20 tahun dari Alabama mendakwa beliau menerima bayaran yang cukup lumayan, mencecah ribuan dollar setia minggu dengan hanya menguji kesetiaan wanita.

dibayar lumayan, hanya perlu uji kesetiaan teman wanita orang lain

Xavier Long mendakwa beliau sering dihubungi ramai lelaki yang mahu menguji kesetiaan pasangan mereka melalui ‘ujian kesetiaan’.

.

Ujian yang dibuat lelaki itu melibatkan pesanan mesej sambil cuba untuk mengurat wanita-wanita yang dibayar oleh pasangan mereka sendiri.

.

Xavier mendakwa, beliau berjaya memperoleh sehingga USD 2 ribu seminggu untuk ‘perkhidmatannya’ itu.

dibayar lumayan, hanya perlu uji kesetiaan teman wanita orang lain

“Saya boleh mendapat bayaran lumayan, saya tidak punya nilai sebenar, tetapi melakukan ujian kesetiaan ini telah membuatkan saya berhenti kerja sebelum ini. Ini adalah cara cepat saya peroleh wang,” ujarnya.

.

Katanya lagi, pada mulanya ia dibuat secara suka-suka dan percuma, namun selepas ramai mula menawarkan wang, Xavier menjadikan ia sebagai satu bisnes yang menguntungkan.

.

Menurut Xavier lagi, jika ujian kesetiaan itu gagal, wang pelanggannya akan dikembalikan semula.

.

“Saya hanya membantu orang, saya rasa ia adalah perkara yang baik,” katanya lagi.

.

Video pengakuan itu dikongsikan Xavier menerusi TikTok dan mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Ada yang menyokong tindakannya, dan ada juga yang mengecam kerana ia melibatkan soal hati dan perasaan.

.

Apa pula kata anda?

.

Sumber: [1]