Menjelang 2070, Imbasan Degupan Jantung Bakal Gantikan Pasport

Menjelang 2070, satu laporan meramalkan bahawa penggunaan pasport dilapangan terbang bakal digantikan dengan imbasan degupan jantung dan butiran biometrik orang ramai.

menjelang 2070, imbasan degupan jantung bakal gantikan pasport

Laporan dibuat The Easyjet 2070: The Future Travel Report oleh syarikat EasyJet, ditulis beberapa pakar dengan meramalkan beberapa perkara akan berubah dengan ketara seperti destinasi dituju, jenis penginapan dan pengalaman pengunjung.

 

Easyjet dalam laporannya berkata, isyarat jantung manusia juga sama seperti imbasan retina dan cap jari, ia mempunyai ciri-ciri unik untuk setiap manusia.

 

“Isyarat degupan jantung penumpang dan butiran biometrik mereka akan dimasukkan ke dalam sistem global dengan cara sama teknologi pengimbasan cap jari berfungsi pada hari ini,” katanya.

 

Dalam pada itu, penumpang pesawat di landasan akan dibawa menaiki teksi udara e-VTOL dan hiburan dalam penerbangan pula akan dipancar terus ke mata penumpang.

menjelang 2070, imbasan degupan jantung bakal gantikan pasport

Malah, makanan dalam pesawat juga diramal akan disediakan berkonsep bufet hotel yang perlu dicetak sendiri dalam bentuk tiga dimensi bagi mengelakkan pembaziran.

menjelang 2070, imbasan degupan jantung bakal gantikan pasport

Easyjet juga meramalkan pelancong berupaya mencetak pakaian yang boleh dikitar semula semasa tiba di hotel untuk mengelakkan daripada membawa bagasi yang banyak serta berat.

 

Sumber: Kosmo! Online / Easyjet 2070 Report