Debu Ini Dilelong Lebih RM5 juta. Ada Yang Sanggup Beli?

Siapa sangka zarah debu ini mungkin mempunyai nilai mencecah AS$1.2 juta, atau kira-kira RM5.05 juta selepas ia dijangka dilelong tidak lama lagi.

debu ini dilelong lebih rm5 juta. ada yang sanggup beli?

Ia bukanlah zarah debu biasa, sebaliknya ia adalah debu di bulan yang dikumpulkan angkasawan, Neil Armstrong semasa misi Apollo 11 pada tahun 1969.

debu ini dilelong lebih rm5 juta. ada yang sanggup beli?

Acara lelongan yang yang dijangka dibuat pada pertengahan April itu nyata mendapat sambutan selepas banyak pihak menyatakan minat untuk memiliki debu bulan tersebut.

.

Apa yang menarik mengenai debu itu adalah ia mempunyai kenangan yang tidak indah antara pemiliknya dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

.

Menurut kisahnya, Armstrong dikatakan membawa beg debu Bulan kembali ke Bumi, namun NASA telah kehilangan beg itu selepas ia dipinjamkan ke sebuah muzium untuk pameran.

.

Ia menjadi sebahagian daripada harta yang dirampas selepas pengarah muzium angkasa lepas itu disabitkan dengan kes penipuan dan kecurian.

.

Beg debu tersebut akhirnya dilelong oleh Perkhidmatan Marshalls Amerika Syarikat kepada seorang penduduk Illinois, Nancy Lee Carlson pada 2015 dengan harga AS$995 (RM4,189).

debu ini dilelong lebih rm5 juta. ada yang sanggup beli?

Carlson kemudiannya menghantar beg itu kepada NASA untuk membantu mengenalpasti dari mana asal usulnya, namun NASA enggan mengembalikannya semula.

.

Ia menyebabkan NASA telah disaman Carlson dan memaksa agensi itu memulangkan beg debu bulan itu kepada Carlson.

.

Kini, Carlson berminat untuk melelongnya melalui firma lelongan Bonhams, tetapi tidak pula dinyatakan sebab kenapa ia berbuat demikian.

.

Sumber: [1]