Cubaan Hamster Larikan Diri Dari Sangkar Gagal, Aksi Panjat Bucu Dinding Curi Tumpuan Ramai

Aksi seekor hamster yang cuba melarikan diri dari sangkar dan memanjat dinding telah menarik perhatian ramai.

cubaan hamster larikan diri dari sangkar gagal, aksi panjat bucu dinding curi tumpuan ramai

Mana tidaknya, hamster yang diberi nama Kuro, berusia enam bulan dirakam memanjat dinding seakan-akan aksi ninja selepas menyelinap keluar daripada sangkarnya.

Menurut pemilik hamster berkenaan, Yuka Hirata, 22, Kuro dirakam memanjat dinding dengan keempat kakinya, namun berjaya disedari oleh beliau selepas merasakan ada sesuatu pada dinding.

"Saya tiba-tiba (merasakan sesuatu di dinding) dan itu seperti gambar.

"Kuro biasa melarikan diri tapi ini pertama kali ia memanjat dinding," katanya.

Gelagat hamster ini nyata berjaya mencuri perhatian ramai yang terhibur dengan cubaan gagal melarikan diri daripada sangkar.

cubaan hamster larikan diri dari sangkar gagal, aksi panjat bucu dinding curi tumpuan ramai

Foto Kuro ini juga telah mendapat ribuan tanda suka dan komen di Instagram.

Sumber: Daily Mail