Gula-Gula Getah Diludah Robert Downey Jr Dijual Pada Harga RM243 Ribu

Siapa sangka sekeping gula-gula getah yang telah dikunyah dan diludah oleh pelakon watak Iron Man iaitu Robert Downey Jr dijual pada harga bermula AS$55,000 (kira-kira RM243 ribu).

gula-gula getah diludah robert downey jr dijual pada harga rm243 ribu

Gula-gula getah terpakai itu dijual di laman jualan eBay selepas melihat kepada kejayaan pelakon ini dalam memegang watak Tony Stark dan Iron Man dalam filem Marvel.

gula-gula getah diludah robert downey jr dijual pada harga rm243 ribu

Bagaimanapun nilai gula-gula getah terpakai itu menimbulkan tanda tanya kerana ia dianggap komoditi yang tak ternilai hingga ramai sanggup membayar harga tinggi untuk memiliki gula-gula getah itu.

 

Terdahulu gula-gula getah itu telah diletakkan oleh pelakon itu di Walk of Fame pada bintang pengarah filem Iron Man, Jon Favreau dan dianggap sebagai satu jenaka.

gula-gula getah diludah robert downey jr dijual pada harga rm243 ribu

Gula-gula getah itu bagaimanapun telah dibeli oleh seorang peminat dan akan dihantar kepadanya dalam sebuah bekas plastik. Tidak dapat dipastikan apa yang akan dilakukan oleh pembeli ini, mungkin sebagai satu hobi dan koleksi peribadi.

 

Sumber: ABC7