Calon Wanita Ini Menang Pilihanraya Walaupun Dah Meninggal Dunia

Seorang wanita berjaya memenangi pilihan raya tempatan dua minggu selepas kematiannya.

calon wanita ini menang pilihanraya walaupun dah meninggal dunia

Kejadian berlaku di India selepas penyokong setianya menghormati wanita berkenaan dengan mengundi mengikut janji mereka.

 

Ashiya Bi telah menerima hampir 44 peratus undi dalam perebutan kerusi majlis perbandaran Uttar Pradesh pada bulan ini, dan diisytiharkan sebagai pemenang walaupun beliau telah meninggal dunia.

calon wanita ini menang pilihanraya walaupun dah meninggal dunia

Menurut laporan, calon yang popular ini jatuh sakit selepas terkena jangkitan paru-paru dan abdomen yang serius sebelum akhirnya meninggal dunia 12 hari sebelum tarikh pilihan raya tempatan diadakan.

 

Setelah kematiannya, suami Bi, Muntazim Qureishi memberitahu pegawai pilihan raya tentang perkara ini, tetapi pegawai daerah Bhagwan Sharan menjelaskan bahawa tiada prosedur untuk membatalkan namanya dalam kertas undi.

 

Sebelum meninggal dunia, Bi berjaya mendapatkan banyak sokongan pengundi yang memutuskan untuk memberikan undi kepada beliau sebagai tanda penghormatan dan kagum terhadap beliau.

 

"Bi mudah bersosial dan rakyat tidak mahu mengingkari janji mereka untuk menyokongnya," kata Mohammad Zakir, salah seorang penduduk tempatan.

 

Suami Bi pula menggambarkan Bi sebagai seorang yang memenangi hati rakyat dengan sikapnya yang tenang.

 

Sumber: BH