Kedai Caj Lebih RM1 Jika Pelanggan Tak Mahu Sayur Taugeh Dalam Makanan

Sebuah kedai makan telah menjadi perhatian warganet selepas didakwa mengenakan caj tambahan kepada pelanggannya yang meminta agar sayur taugeh tidak dimasukkan ke dalam makanan mereka.

kedai caj lebih rm1 jika pelanggan tak mahu sayur taugeh dalam makanan

Menurut akhbar The New Paper, seorang pengguna yang dikenali sebagai Steven Wong memberitahu bahawa dia melihat notis tersebut di sebuah kedai makan menjual char kueytiau goreng, kek lobak merah dan telur dadar hitam dekat Pusat Beli Belah Fajar di Singapura.

 

“Makanan laut tambahan pada harga SG$2 (RM6.88), telur tambahan untuk SG$1 (RM3.44) dan tauge tambahan sebanyak 50 sen”, demikian menurut beliau.

kedai caj lebih rm1 jika pelanggan tak mahu sayur taugeh dalam makanan

Apa yang lebih menarik perhatian adalah entri terakhir dalam senarai menu berkenaan yang dilihat mengenakan caj tambahan 50 sen jika pelanggannya meminta agar tidak ada tauge dalam makanan mereka.

 

Menurut Wong lagi, beliau tidak akan mengunjungi kedai itu tetapi menegaskan bahawa hampir setiap premis makanan disitu tidak akan meletakkan tauge jika diminta, tanpa mengenakan sebarang caj tambahan.

 

Sumber: Kosmo!