Tersadai Lebih Setahun, Caj Parkir HRV Ini Cecah RM14,644

Umum sedia maklum terdapat caj bayaran yang perlu dijelaskan apabila kita meletakkan kenderaan di ruangan parkir yang disediakan khas.

tersadai lebih setahun, caj parkir hrv ini cecah rm14,644

Bergantung dengan lokasi parkir, biasanya caj bayaran bermula serendah RM1 sama ada untuk sekali masuk mahupun mengikut kadar jam parkir.

 

Bagaimana pula jika kenderaan anda diletakkan di ruangan parkir selama lebih satu tahun?

 

Itu yang berlaku kepada sebuah kenderaan jenis Honda HRV yang diletakkan lebih setahuh di tempat letak kenderaan Terminal Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti NGurah Rai, Bali.

tersadai lebih setahun, caj parkir hrv ini cecah rm14,644

Menurut jurucakap lapangan terbang berkenaan, jumlah caj parkir yang perlu dijelaskan pemilik kenderaan itu sejak dari 29 November 2020 hingga kini adalah lebih 50 juta Rupiah (kira-kira RM14,644).

 

Menurutnya lagi, pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mencari pemilik kenderaan itu namun masih menemui jalan buntu.

 

Pihak lapangan terbang juga sudah memaklumkan kepada pihak polis bagi membantu mencari pemilik kenderaan yang tersadai di parkir ini.

 

“Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil untuk mengambil atau mengalihkan kenderaan tersebut. Sudah terlalu lama kereta itu tersadai.

“Kami bimbang sekiranya ada berlaku kecurian melibatkan bahagian kereta tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya.

 

Insiden kecurian dan meletakkan ia di parkir sering berlaku menyebabkan tempat meletak kenderaan menjadi terhad kepada pengguna.

 

“Jangan jadikan kawasan parkir ini untuk ‘membuang atau menyembunyikan’ kenderaan anda kerana perbuatan itu hanya menyebabkan jumlah parkir jadi terhad dan menyusahkan pengguna lain.

“Tolong jadi pengguna yang berhemah dan jangan pentingkan diri,” tegasnya.

 

Sumber: [1]