Akibat gemar memakan daging mentah, seekor cacing pita sepanjang dua meter akhirnya keluar dari dubur seorang lelaki ini.
Insiden itu berlaku kepada seorang lelaki dari Thailand, Amarit Chuetamuen yang turut berkongsi pengalaman pahit itu menerusi akaun Tiktoknya, @tex2499.
Menurut Amarit, pada awalnya beliau berada duburnya menjadi gatal dan kemudian berasa sesuatu tergelincir keluar daripada saluran itu.
Alangkah terkejutnya beliau apabila melihat seekor cacing parasit masih bergerak-gerak keluar daripada duburnya itu. Menurut Amarit, beliau gemar memakan daging mentah yang sering menjadi hidangan kegemarannya.
Menerusi video yang dikongsikan Amarit, cacing pita itu berukuran sepanjang 2 meter dan dilihat masih hidup serta bergerak-gerak.
“Hai semua! Hari ini, saya ingin memberi peringatan kepada semua orang yang menggemari daging mentah seperti saya. Lihat ini! Panjangnya hampir 2 meter.
“Saya makan daging lembu mentah selama dua hingga tiga tahun dan inilah yang berlaku kepada saya. Tidak percaya. Ini adalah cacing pita. Sangat panjang!
“Saya merinding sekarang. Saya mengambil ubat anthelmintik malam tadi dan ini keluar pada waktu pagi,” katanya.
Menurut Amarit, beliau gemar menimati hidangan hirisan daging lembu mentah yang dihidangkan bersama sos pencicah pedas, disebut sebagai Soi Ju. Ia juga merupakan hidangan kegemaran ramai di Thailand.
Sumber: Kosmo!