84 Hari Burung Bersarang Dalam Rambut Wanita Ini, Puncanya Hanya Satu

Seorang wanita telah menjadi perhatian ramai pengguna Internet selepas mendedahkan bagaimana seekor burung membuat sarang dalam rambutnya selama hampir tiga bulan.

84 hari burung bersarang dalam rambut wanita ini, puncanya hanya satu

Beliau yang berkongsi gambar haiwan itu yang hidup di tengah-tengah ketebalan rambut perangnya yang panjang, menceritakan bagaimana detik itu boleh terjadi.

.

Hannah Bourne-Taylor berkata dia mula berminat kepada alam semula jadi dan belajar tentang spesis burung selepas tidak dapat mencari pekerjaan disebabkan beberapa masalah peribadi pada tahun 2013. Sejak itu, beliau banyak menghabiskan masa di luar rumah, dan belajar tentang sifat dan aktiviti burung dikawasan perumahannya.

.

Tetapi pada suatu hari pada tahun 2018, beliau telah menyelamatkan seekor burung finch yang hilang arah berikutan kejadian 'ribut petir yang sangat teruk' ketika itu.

84 hari burung bersarang dalam rambut wanita ini, puncanya hanya satu

Menurut Hannan, burung itu ditinggalkan oleh kawanannya dan sarangnya ditiup jatuh dari sebatang pokok. Akibat tidak dapat mencari rumah dan sarang baharu, si burung itu mula bersarang di dalam rambut Hannah.

.

"Matanya terpejam rapat dan dia menggigil, terlalu muda untuk hidup sendirian," kata Hannah.

.

Seorang pakar hidupan liar memberitahu Hannah bahawa ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 12 minggu untuk melepaskan burung kecil itu ke alam liar. Selepas mengetahui perkara ini, dia mula menjaga burung itu dengan memberinya makan anai-anai dan lain-lain.

.

"Bagi dia, saya adalah ibunya. Selama 84 hari berikutnya, burung kecil itu hidup bersama saya. Kami seakan tidak boleh dipisahkan," tambahnya.

.

Memikul tanggungjawab sebagai ibu, Hannah membawa burung itu masuk ke rumah dan memerhati ia mula belajar untuk terbang. Apabila hari-hari berlalu, burung itu juga telah membuat sarang kecil di dalam rambut Hannah pada bahagian bahunya.

84 hari burung bersarang dalam rambut wanita ini, puncanya hanya satu

"Dia menyelubungi dirinya di bawah rambut dan mengumpulkan helaian rambut dengan paruhnya, membentuk rambut menjadi bulatan kecil, menyerupai sarang, dan kemudian tinggal di dalamnya," kata Hannah.

.

Selepas 84 hari dalam jagaannya, Hannah akhirnya melepaskan burung itu bersama kawanannya yang lain selepas beliau yakin ia cukup kekuatan untuk terbang dengan betul dan sempurna.

.

“Membesarkannya telah mengajar saya cara hidup pada masa kini dan mengubah saya selama-lamanya,” kata Hannah.

.

Sumber: [1]