Bunyi Suara Jeritan Macam Minta Tolong di Tanah Perkuburan Tarik Perhatian Ramai [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial Tiktok satu video yang menunjukkan dengan jelas suara jeritan manusia di sebuah kawasan tanah perkuburan Islam.

 

Menerusi Tiktok @najwanaajiah, suara misteri itu mula didengari seorang wanita semasa beliau ke tanah perkuburan terbabit untuk menziarahi pusara arwah ibunya.

bunyi suara jeritan macam minta tolong di tanah perkuburan tarik perhatian ramai [video]

Dalam video tersebut, jelas kedengaran suara seperti individu sedang menjerit meminta pertolongan.

 

“Hari itu ziarah kubur mak, lepas itu masa nak balik ada dengar bunyi pelik ini. Korang tahu tak bunyi apa?” tulisnya di dalam video.

 

@najwanaajiah tak tahu bunyi apa? ada yang tau bunyi apa?? 😥😥😥 #tanahkubur #bunyipelik #2024 ♬ original sound - SPcreative

 

Video yang mendapat ribuan komen dan tontonan itu telah menarik perhatian warganet, yang tampil dengan pendapat berbeza.

 

Ada yang percaya ia memang suara yang datangnya daripada alam kubur, dan ada juga yang berkata ia adalah bunyi haiwan seperti kambing mahupun lembu.

 

Sumber: Tiktok