Tarikan Baru Buat Pelancong, Bulan Gergasi Atas Pencakar Langit Bakal Dicipta

Sebuah pusat peranginan di Dubai telah mengumumkan rancangan untuk membina replika bulan gergasi di atas sebuah pencakar langit, dengan kos anggaran melebihi £4,000,000,000 (kira-kira RM22.5 bilion).

tarikan baru buat pelancong, bulan gergasi atas pencakar langit bakal dicipta

Menurut laporan dari Metro UK, usahawan Kanada Michael Henderson merancang pembangunan replika setinggi 274-meter yang akan ditempatkan di atas sebuah bangunan setinggi 30 meter.

 

Henderson melihat projek yang dikenali sebagai Moon Dubai ini sebagai peluang luar biasa bagi pengunjung untuk merasai pengalaman berada di angkasa tanpa perlu menggunakan roket. Projek ini dijangka menarik lebih kurang 2.5 juta pelancong setiap tahun.

 

Projek Moon Dubai yang dicadangkan merangkumi pusat peranginan terletak di dalam struktur sfera sepenuhnya, dengan 4,000 bilik hotel yang mengagumkan dan pengalaman berjalan di atas permukaan bulan yang disimulasikan untuk tetamu.

tarikan baru buat pelancong, bulan gergasi atas pencakar langit bakal dicipta

Struktur sfera tersebut akan menawarkan pilihan pencahayaan yang boleh disesuaikan, membolehkannya meniru penampilan bulan penuh, separuh bulan, atau bulan sabit.

 

Jika dibandingkan dari segi saiz, Moon Dubai hanya berukuran 0.00788% daripada saiz sebenar bulan yang mengelilingi Bumi ketika ini.

Dalam kenyataan bersama, Henderson dan rakan pengasas Sandra G Matthews menekankan bahawa Moon Dubai akan memberikan impak yang besar terhadap pelbagai aspek ekonomi negara Kesatuan Emiriah Arab (UAE), terutamanya dalam sektor pelancongan.

 

Sumber: Metro UK