Mahu Jimat Kos Petrol, Budak Perempuan Naik Gajah Pergi Sekolah Tiap Hari

Ketika rakan sekelas menaiki kereta, motosikal, bas mahupun van, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ini tenang menaiki gajah sebagai kenderaan ke sekolah.

mahu jimat kos petrol, budak perempuan naik gajah pergi sekolah tiap hari

Kejadian berlaku di wilayah Buriram, Thailand apabila video kanak-kanak itu menunggang gajah untuk ke sekolah menjadi tular di media sosial.

.

Menurut bapa kanak-kanak berkenaan, beliau memberitahu bahawa dia juga bekerja sebagai penjaga gajah dan memiliki empat ekor gajah betina serta dua ekor gajah jantan. Dengan menaiki gajah untuk ke sekolah, ia turut menjimatkan wang perbelanjaan petrol dan membantu keluarga itu.

mahu jimat kos petrol, budak perempuan naik gajah pergi sekolah tiap hari

Menurut bapa itu lagi, anaknya bernama Pupae sangat rapat dengan gajah peliharaan mereka bernama Ole, berusia 25 tahun yang dibela keluarga itu sejak kecil.

mahu jimat kos petrol, budak perempuan naik gajah pergi sekolah tiap hari

Video Pupae memakai seragam sekolah dan menaiki gajah telah menjadi tular di aplikasi Tiktok baru-baru ini. Beliau menunggang Ole ke sekolahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah setiap hari.

mahu jimat kos petrol, budak perempuan naik gajah pergi sekolah tiap hari

 

@olefcthailand ส่งน้องไปเรียน#พลายโอเล่ ปีนี้สูงมาก#olefcthailand🇹🇭 ♬ เจ้าถนน MV - Ipoyu

 

Pada awalnya rakan sekelas terkejut apabila melihat haiwan besar itu namun kini mereka sudah terbiasa dengannya dan seronok melihat Ole dikawasan sekolah.

Sumber: [1], [2]