Budak Alami Simptom Aneh Lepas Sentuh Pokok Paling Bahaya

Seorang kanak-kanak perempuan mengalami simptom aneh selepas beliau dikatakan menyentuh pokok paling berbahaya di Britain.

budak alami simptom aneh lepas sentuh pokok paling bahaya

Tangan kanak-kanak itu didapati mempunyai ruam berisi air selepas bersentuhan dengan tumbuhan hogweed gergasi ketika sedang bermain di sebuah taman dekat Bolton, Manchester.

budak alami simptom aneh lepas sentuh pokok paling bahaya

Mangsa dimasukkan ke hospital selepas kejadian itu selepas ruam pada tubuh badannya dilihat naik dengan berisi air didalamnya.

.

Imej dikongsikan oleh Sekolah Rendah Hardy Mill pada 4 Jun lalu dengan kenyataan:

"Seorang murid kami telah bersentuhan dengan tumbuhan ini ketika cuti separuh penggal dan akhirnya terpaksa dirawat di hospital kerana melecur tahap kedua.

"Adalah berguna untuk menunjukkan kepada anak-anak anda rupa tumbuhan ini supaya mereka dapat mengelak daripada menyentuhnya,"

 

Tumbuhan yang disebut sebagai hogweed adalah antara tumbuhan yang berbahaya dan boleh menyebabkan masalah kesihatan serius serta kerengsaan pada kulit kerana toksin pada pokok ini mampu meresap jauh ke dalam sel tubuh seseorang. Ia mempunyai ketinggian enam meter dan mampu tumbuh merebak pada julat sekitar dua meter.

budak alami simptom aneh lepas sentuh pokok paling bahaya

Sumber: [1]