Aneh, Budak Ini Menangis Keluar Ketulan Batu

Seorang remaja perempuan telah menggemparkan orang ramai kerana tidak mengeluarkan air mata ketika menangis, sebaliknya ketulan batu.

aneh, budak ini menangis keluar ketulan batu

Perkara itu juga telah menjadi tanda tanya dalam kalangan doktor yang merawat remaja 15 tahun dari Kannauj, Uttar Pradesh, di India kerana ia tidak boleh ditafsir dari sudut perubatan.

aneh, budak ini menangis keluar ketulan batu

Menurut keluarga remaja berkenaan, beliau mampu mengeluarkan 10 hingga 15 ketulan batu daripada mata kiri sejak beberapa bulan yang lalu apabila menangis.

 

Menerusi satu rakaman video, jelas kelihatan benjol pada kelopak mata atas kiri remaja terbabit dan seorang lagi individu sedang dilihat mengurut mata gadis berkenaan sebelum seketul batu jatuh.

 

Keluarga remaja itu turut mendapatkan khidmat rawatan daripada doktor untuk mengubati anak mereka, namun sehingga kini masih belum ada ubat.

 

Perkara sama pernah dilaporkan terjadi kepada Saadiya Saleh, 12, dari Yaman, hingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat yang menganggap kanak-kanak itu sudah terkena sihir.

 

Sumber: [1]