Budak Buat Report Polis Lepas Potong Rambut Tak Lawa

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun merasa kecewa dengan gaya potongan rambutnya lalu membuat laporan polis di wilayah Guizhou dekat Beijing, China.

budak buat report polis lepas potong rambut tak lawa

Menurut laporan, kanak-kanak itu pada awalnya pergi ke salun di Anshun kerana ingin memotong rambut.

 

Selepas dipotong, beliau melihat ke dalam cermin beberapa kali dan tidak berpuas hati dengan hasil kerja tukang gunting. Kejadian itu turut mengundang simpati netizen.

 

Beliau turut dilihat memegang rambutnya sambil menangis teresak-esak, lapor Global Times.

 

Ekoran daripada itu, beliau terus ke balai polis untuk melaporkan kejadian berkenaan. Polis bagaimanapun tidak dapat meneruskan siasatan kerana ia tidak mempunyai sebarang unsur jenayah. Kakak kepada budak berkenaan diminta untuk menyelesaikan masalah ini dan beliau berjanji akan mendidik adiknya untuk tidak mengambil sebarang tindakan melulu.

 

Kes yang tular di aplikasi Weibo ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata pengguna media sosial terbabit menyokong tindakan kanak-kanak itu yang berani mempertahankan haknya.

 

Sumber: Global Times