Nak Sangat Jadi Spider-Man, Budak Biar Diri Digigit Labah-Labah Masuk Hospital

Gara-gara terpengaruh dengan filem adiwira Spider-Man, seorang budak lelaki berusia lapan tahun nyaris maut apabila membiarkan dirinya digigit seekor labah-labah Black Widow.

nak sangat jadi spider-man, budak biar diri digigit labah-labah masuk hospital

Kejadian berlaku di perbandaran Vichuloma, dekat bandar Oruro, tengah Bolivia selepas kanak-kanak itu menemui labah-labah tersebut dibawah batu besar berhampiran sungai rumahnya.

 

Tanpa memikirkan kesan gigitan labah-labah beracun tersebut, dia kemudian meletakkan haiwan tersebut pada tangannya, meniru seperti babak dalam filem Spider-Man.

nak sangat jadi spider-man, budak biar diri digigit labah-labah masuk hospital

Selepas pulang ke rumah, dia mengalami gejala seperti sakit badan dan kekejangan otot, sebelum memberitahu bapanya selepas tiga jam kemudian.

 

Ibu dan bapa kanak-kanak itu membawanya ke pusat kesihatan terdekat, sebelum dia dipindahkan ke Hospital Besar Juan de Dios di Oruro.

 

“Kanak-kanak itu, tanpa mengambil kira risiko, mengambil dan meletakkan labah-labah Black Widow di belakang tapak tangan di mana ia meninggalkan kesan gigitan,” kata ketua Program Penyakit Zoonotik Perkhidmatan Kesihatan Jabatan Oruro, Vásquez kepada agensi berita EFE.

 

Doktor kemudian memberi penawar selepas mengenalpasti spesis labah-labah yang menggigit tangannya. Keadaan budak itu stabil selepas 30 minit kemudian.

 

Sumber: Oddity Central