Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun mendakwa dirinya telah dikhatankan oleh ‘jin’, di Kepala Gading dekat Jakarta, Indonesia.
Menurut laporan, budak lelaki yang dikenali sebagai AJ itu memberitahu neneknya yang dia ada terlihat satu lembaga besar bergerak dihadapannya ketika membuang air kecil, sebelum ia hilang.
Selepas melihat lembaga misteri itu, AJ berkata beliau berasa sakit pada bahagian kemaluan dan kemudiannya menjerit meminta pertolongan.
“Selepas membuang air kecil, dia kata ada melihat kelibat lembaga,” kata nenek kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Sami yang berusia 60 tahun.
Kata Sami, sebalik sahaja mata cucunya berkedip, lembaga misteri itu kemudiannya hilang dan anak kecil itu menjerit kesakitan.
Budak lelaki itu kemudian dibawa ke hospital untuk bertemu doktor, sebelum terkejut apabila disahkan doktor bahawa kanak-kanak tersebut sudah dikhatankan. Lebih aneh, kanak-kanak itu dikatakan belum pernah lagi dikhatankan seumur hidupnya.
“Saya bawa berjumpa doktor, buat pemeriksaan lanjut. Doktor kata, semuanya baik sahaja. Tidak ada sebarang masalah,” kata Sami.
Kisah misteri ini menjadi tular di kawasan tempat tinggal kanak-kanak ini, dan masih menjadi tanda tanya banyak pihak.
Bagaimanapun menurut seorang pakar perubatan yang bertugas di hospital Puskesmas Kelurahan Ancol, Dr. Benny, kondisi yang mungkin dialami oleh kanak-kanak itu disebut sebagai parafimosis.
“Ya, kalau dari segi medik ia mungkin adalah disebabkan parafimosis, tidak ada yang dinamakan sunat jin,” ujar beliau.
Sumber: Tribun Jatim